Kesuraman berubah menjadi keceriaan buat seorang gadis di Amerika Syarikat.
Semuanya bermula apabila Austin Woolstenhulme kehilangan telefon bimbitnya beberapa hari lalu semasa berkunjung ke Las Vegas untuk bercuti bersama rakan-rakannya.
Berdasarkan muat naik di Instagram Austin, kesemua mereka berada di Las Vegas bagi menyaksikan persembahan DJ popular, Zedd.
Bad news is I lost my phone. Good news is it's with Cristiano Ronaldo.— Austin Woolstenhulme (@Ausssst) July 4, 2015Nasib malang itu bertukar sama sekali apabila telefon bimbit gadis ini dipulangkan semula oleh orang yang menjumpainya.
Namun itu bukan berita baiknya, individu yang memulangkan telefon tersebut adalah pemain bola sepak paling terkenal di dunia iaitu Cristiano Ronaldo!
Bintang Real Madrid itu menjumpai telefon berkenaan semasa berada di Las Vegas lantas berusaha menjejaki semua pemiliknya.
Tidak terhenti setakat itu, semasa memulangkan semula telefon terbabit, Cristiano turut membelikan makan malam buat Austin serta tiga rakannya.
Kegembiraan itu dikongsi Austin dan rakannya, Kenzie Sellers menerusi profil media sosial masing-masing.
Sementara itu, para pengguna Twitter memberikan reaksi yang positif terhadap tindakan Cristiano itu. Rata-rata ramai yang menyifatkan pemain bola sepak berusia 30 tahun itu sebagai seorang yang jujur dan berhati mulia.
I mean @Cristiano. His true character doesnt reflect his image at all.— A.D (@azrindrahim) July 7, 2015at the end of the day it's down to the person's mindset -@Cristiano— Steven Tan (@steventsh) July 7, 2015@Cristiano The person with a good heart or with a beautiful face?— zuhal ΓΆzdmr cr7 (@zhlthebestcr7) July 7, 2015Good guy Ronaldo. http://t.co/TSjfGuKCwk— The Internets Broken (@InternetsBroken) July 7, 2015Cristiano Ronaldo u r definitely my fav from now on not bcoz u r bloody good in ur field but bcoz of kind heart #respect— Yusira Halina (@yusirahalina) July 2, 2015She is so lucky πππ . She lost her phone & #Cristiano #Ronaldo found it & took her & her friends to dinner ππ #CR7 pic.twitter.com/EFJLn3JUxx— habeba (@habeba_elshimy) July 7, 2015


0 Response to "SO LUCKY...!!! Gadis kehilangan telefon bimbit, dipulangkan semula oleh Cristiano Ronaldo"
Post a Comment