BERITA HARIAN KANTOIKAN ABBY ADA 4 SUAMI?


KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi hari ini, sah bergelar isteri kepada seorang wartawan kanan, akhbar lidah rasmi PAS, Harakah, dengan sekali lafaz dalam majlis yang diadakan di Masjid As-Sobirin Keramat di sini, kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 38, sah bergelar isteri kepada Muhammad Faizal Zakari dalam majlis akad nikah yang disempurnakan oleh Imam masjid berkenaan, Osman Daud dan diwalikan oleh bapanya sendiri Abdul Manan Tadin.



Pernikahan ini adalah yang keempat bagi Abby dan kedua untuk Muhammad Faizal yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu.

"Saya sudah mengenali suami sejak 2012 dan kami membuat keputusan untuk berkahwin kerana ingin mengelak fitnah dan syukur kepada Allah majlis hari ini (semalam) berjalan lancar," katanya kepada pemberita sebaik selesai majlis itu.

Abby menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran.

Majlis itu turut dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada keluarga serta kenalan rapat pengantin termasuk rakan artis Azza dan Sasha Saidin.

Pasangan berkenaan akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Tasik Titiwangsa Ahad ini.

Abby yang pernah dikaitkan dengan kontroversi hal rumah tangganya sebelum ini, pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/74772

1 Response to "BERITA HARIAN KANTOIKAN ABBY ADA 4 SUAMI?"

  1. ArenaDomino Partner Terbaik Untuk Permainan Kartu Anda!
    Halo Bos! Selamat Datang di ( arenakartu.org )
    Arenadomino Situs Judi online terpercaya | Dominoqq | Poker online
    Daftar Arenadomino, Link Alternatif Arenadomino Agen Poker dan Domino Judi Online Terpercaya Di Asia
    Daftar Dan Mainkan Sekarang Juga 1 ID Untuk Semua Game
    ArenaDomino Merupakan Salah Satu Situs Terbesar Yang Menyediakan 9 Permainan Judi Online Seperti Domino Online Poker Indonesia,AduQQ & Masih Banyak Lain nya,Disini Anda Akan Nyaman Bermain :)

    Game Terbaru : Perang Baccarat !!!

    Promo :
    - Bonus Rollingan 0,5%, Setiap Senin
    - Bonus Referral 20% (10%+10%), Seumur Hidup


    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino

    Situs Login : arenakartu.org

    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel ( Online 24 Jam )
    Min. DEPO & WD Rp 20.000,-

    INFO PENTING !!!
    Untuk Kenyamanan Deposit, SANGAT DISARANKAN Untuk Melihat Kembali Rekening Kami Yang Aktif Sebelum Melakukan DEPOSIT di Menu SETOR DANA.

    ReplyDelete