Sayu:SUAMI TELAH PERGI...ISTERINYA MASIH KRITIKAL DI HOSPITAL (8GAMBAR)


Hari ini kita digemparkan dengan berita kemalangan jalanraya yang melibatkan sepasang pasangan pengantin yang baru diijabkabulkan bersama keluarga.

Dalam kemalangan tersebut, pengantin lelaki, Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, telah terkorban dalam nahas tersebut manakala pengantin perempuan, Noraliza, 18, cedera parah, kemalangan itu juga telah mengorbankan ibu pengantin Noraliza, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik adiknya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, 2, yang berasal dari Chetok, Pasir Mas, Kelantan.

Kejadian ini telah menjadi bualan mulut ramai dan ditangisi ramai orang, tetapi disebalik tragedi ini ada berita yang tidak enak didengar apabila menjadi viral sejak semalam satu berita kononnya pengantin perempuan telah meninggal dunia.




Berita ini telah dikongsikan oleh ramai pengguna Facebook dan juga pengguna aplikasi Whattaps.

Kerana penyebaran berita berkenaan yang ternyata mungkin membuatkan keluarga mangsa terguris dilihat semakin meluas, kakak ipar kepada pengantin perempuan telah menafikan berita berkenaan.

Kakak ipar mangsa, Puan Noraizan Bte Awang berkata berita tentang kematian adik iparnya itu adalah tidak benar sama sekali kerana Noraliza kini masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Beliau memberitahu keluarga nyata kecewa dengan penyebaran berita palsu berkenaan kerana mereka kini tengah bersedih dengan kehilangan pengantin lelaki dan adik iparnya pula kini masih kritikal di hospital.

"Saya harap sangat kepada sesiapa yang memuatnaik status palsu itu supaya memadamnya kerana berita itu tidak betul."

"Suami saya kini berada di HSNZ menunggu adik perempuan kami kerana dia telah dimasukkan nama sebagai waris kepada adik," katanya yang keletihan semasa dihubungi Siakapkeli.

Beliau meminta kepada semua diluar sana supaya mendoakan adik iparnya itu selamat dan cepat sembuh seperti sediakala.


Penafian juga turut dimuatnaik kelaman Facebok Puan Norizan

Selain itu, kami turut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di mana pegawai penyiasat dari balai berkenaan menafikan kesahihan berita palsu tersebut.

Sumber : Beritamalaysiakini

1 Response to "Sayu:SUAMI TELAH PERGI...ISTERINYA MASIH KRITIKAL DI HOSPITAL (8GAMBAR)"

  1. ArenaDomino Partner Terbaik Untuk Permainan Kartu Anda!
    Halo Bos! Selamat Datang di ( arenakartu.org )
    Arenadomino Situs Judi online terpercaya | Dominoqq | Poker online
    Daftar Arenadomino, Link Alternatif Arenadomino Agen Poker dan Domino Judi Online Terpercaya Di Asia
    Daftar Dan Mainkan Sekarang Juga 1 ID Untuk Semua Game
    ArenaDomino Merupakan Salah Satu Situs Terbesar Yang Menyediakan 9 Permainan Judi Online Seperti Domino Online Poker Indonesia,AduQQ & Masih Banyak Lain nya,Disini Anda Akan Nyaman Bermain :)

    Game Terbaru : Perang Baccarat !!!

    Promo :
    - Bonus Rollingan 0,5%, Setiap Senin
    - Bonus Referral 20% (10%+10%), Seumur Hidup


    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino

    Situs Login : arenakartu.org

    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel ( Online 24 Jam )
    Min. DEPO & WD Rp 20.000,-

    INFO PENTING !!!
    Untuk Kenyamanan Deposit, SANGAT DISARANKAN Untuk Melihat Kembali Rekening Kami Yang Aktif Sebelum Melakukan DEPOSIT di Menu SETOR DANA.

    ReplyDelete