FAKTA.....!!! Survey Membuktikan S3x Dan Internet Lebih Penting Daripada Makan, Biar Betoii..???


Makanan dan atap yang melindungi dari panas dan hujan adalah dua keperluan pokok manusia yang sangat penting untuk kehidupan. Namun, para lelaki di Inggeris agaknya mempunyai pendapat yang berbeza mengenai soal ini.

Sebuah kajian yang diadakan pembekal peranti rangkaian TP-Link di negeri itu mendedahkan bahawa 42 peratus responden lelaki ternyata menganggap seks dan internet sebagai keperluan yang lebih penting ketimbang makanan dan tempat bernaung.

Separuh responden dalam kajian tersebut bahkan mengaku mengorbankan waktu tidur demi bekerja di internet. Sebanyak 82 peratus merasa kecewa atau marah apabila sambungan internet mereka bermasalah.

"Dari hasil penyelidikan kami, dalam dunia digital sekarang ini, seolah-olah orang-orang di Inggeris sangat peduli dengan sambungan internet yang cepat dan mudah," ujar Country Manager TP-Link Inggeris Eric Wang dalam sebuah pernyataan yang dikutip oleh Cnet.

Salah satu alasan mengapa responen kajian TP-Link sangat bersemangat dengan internet adalah anggapan bahawa rangkaian global itu membantu mengukuhkan hubungan persahabatan. Pendapat ini diungkapkan oleh 51 peratus responden.

Akan tetapi, perkara di atas dipandang tak berlaku untuk hubungan asmara. Hanya 7 peratus responden mengaku bahawa internet telah memberi pengaruh positif pada kehidupan romantis mereka.

Kajian TP-Link sendiri dilakukan pada bulan Februari hingga Mac tahun ini. Jumlah responden mencapai 3,000 orang lelaki dan wanita berusia 18-55 tahun dari wilayah Inggeris dan Ireland.


0 Response to "FAKTA.....!!! Survey Membuktikan S3x Dan Internet Lebih Penting Daripada Makan, Biar Betoii..???"

Post a Comment