FUHH....!!! 5 Café Artis Malaysia Yang Buat Anda Teruja Kunjungi

Ramai artis atau seleiriti tanah air kini sudah menceburi bidang perniagaan dan membuka restoran atau café dan ia dilihat sudah menjadi trend mereka selain untuk memperkukuhkan ekonomi untuk masa hadapan.


5 Café Artis Malaysia Yang Buat Anda Teruja Kunjungi

Namun, sebagai peminat Murai percaya pasti ramai yang teruja dan ingin merasai sendiri pergi ke restoran dan café yang milik selebriti ini.

Selain menjamu selera peminat pasti boleh berpeluang untuk berjumpa dan meramah mesra dengan selebiriti itu di restoran milik mereka bukan?

Jadi kali ini Murai senaraikan 5 Café artis tempatan yang sedang trending buat masa ini yang boleh anda kunjungi sekitar lembah kelang

Elfira Loy

Nama restoran/café: Love Me Seven Days
Alamat: 66-1 Wisma Alam Damai , Alam Damai
Waze: Maybank Alam Damai
Waktu operasi: jam 11 pagi hingga 11 malam
Emel : @loveme7days@gmail.com
Nombor yang boleh dihubungi : 603 91077580


Konsep: Baru sahaja dibuka kurang dua bulan yang lalu, Murai rasa café milik Elfira Loy ini sesuai untuk anda yang suka lepak chill dan feeling di korea!suasananya sangat nyaman dengan deko yang simple tapi comel.
Selain itu banyak pilihan makanan yang disediakan iaitu seperti burger , spagethi, laksa Sarawak, nasi paprik, steamboat mini dan banyak lagi.

Makanan ringan turut disediakan untuk yang hanya mahu melepak di petang hari iaitu bubur cha-cha dan cucur udang.

Coffee yang terdapat di café mulik Elfira Loy ini juga mengiurkan dengan pelbagai gaya persembahan dan lukisan comel di atasnya.


Nora Danish

Nama restoran/ café: kOpi & xOxO
Alamat: RUMODA, No. 3, Jln. Riong, Off Jln. Maarof, 59100 Bangsar.
Waze: kopi xoxo


Konsep: Ramai yang sedia maklum Nora Danish dan rakan-rakannya membuka sebuah kafe di Bangsar hasil gabungan tenaga bersama kenalannya. Selain artis, tarikan orang ke café itu adalah kerana Goreng Pisang Cheese iaitu nama menunya The Gorpis.

Selain The Gorpis, café milik Nora Danish ini punya banyak menu ala carte lain tidak kira western food atau pun masakan Melayu. Paling best banyak juga menu yang ringan-ringan buat yang hanya mahu datang cuci mata dan ingin melepak bersama artis kesayangan mereka.
Jadi bagi anda terutama yang suka melepak dan nak chill chill boleh juga ke sini kerana café milik Nora Danish sangat cozy dan hipster, boleh lah ambil gambar banyak-banyak!


Aaron Aziz

Nama restoran / café : Kidz And Crème
Alamat : 5 Jalan Setia Dagang, U13/AK Sunsuria 7th Avenue , Setia Alam
Waze: Kidz & Creme
Waktu operasi: Isnin hingga Khamis : 12pm- 9pm/ Jumaat hingga Ahad : 12 pm – 10 pm
Nombor yang boleh dihubungi: 03-3358 8289


Konsep : Konsep kafe kek yang lebih focus untuk kanak-kanak. Kafe itu mempunyai pelbagai menu makanan berat, kek istimewa, kopi dan ianya mempunyai ruang buat kanak-kanak yang ingin belajar membuat kek bersama pembuat kek terlatih.

Café ni sesuai untuk ibu bapa yang ingin membuat aktiviti bersama anak-anak dan paling sesuai untuk menyambut hari jadi anak.


Hafiz Suip

Nama Restoran/ cafe : The Thymes
Alamat: No.16-G Block C, Pusat Perniagaan The Atmosphere, Jalan Atmosphere 6, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu operasi:12 tengahari hingga 11 malam ( Khamis tutup)


Konsep: Dekorasi café milik Hafiz ini memang melambangkan diri dia simple dan humble tetapi tetap hipster dan urban. Di sebuah sudut dalam café miliknya itu terdapat satu alamari kaca yang mengumpulakan beberapa anugerah yang pernah dimenangi di dalam industri hiburan tanah air. Selain punya sekeping poster miliknya yang digantung.
Sementara menunya pula lebih focus kepada masakan negara kelahiranya iaitu Sarawak jadi menu istimewanya adalah Laksa Sarawak dan Mee Kolok.

Namun selain menu utama itu, di café itu juga terdapat menu ala carte western seperti Chicken Chop, Spagethi, Mushroom Chicken Omelette dan banyak lagi


Adira Suhaime

Nama restoran/ café: Adira Signature Café
Alamat: No 8, Jalan Wangsa Delima 2A, KLSC 3, Seksyen 5, Wangsa Maju
Waktu operasi: 9 pagi hingga 9 malam


Konsep: Café Adira berkonsepkan ala boutique café juga kerana di restorannya juga turut ada satu corner yang menjual tudung dan produk kecantikannya sendiri. Menu restoran ini pula ala carte dan ianya lebih kepada masakan Melayu seperti tom yam, pelbagai jenis nasi goreng banyak lagi

0 Response to "FUHH....!!! 5 Café Artis Malaysia Yang Buat Anda Teruja Kunjungi"

Post a Comment