‘malu tak ada ayah bekerja sebagai pemandu lori sampah?’


Seorang graduan dari Universiti Chulalongkorn memuat naik gambar dirinya sujud pada bapanya yang bekerja sebagai seorang pemandu lori sampah di laman Facebook. Gambar-gambar itu turut disertakan dengan mesej-mesej ucapan terima kasih kepada bapanya yang telah memberikan sokongan terhadapnya selama ini.

“Ketika saya masih muda, saya rasa sudah banyak kali saya berasa malu dengan ayah saya. Sehingga saya bertanya sendiri kepada ayah, mengapa dia tidak memakai pakaian seragama seperti mana ayah kepada rakan-rakan saya. Contohnya seperti polis, tentera dan lain-lain unit beruniform.

“Apa saya meningkat dewasa, saya tahu ayah dan saya berkongsikan satu impian yang sama. Ayah terpaksa berhenti sekolah di gred 4 dan memberitahu bahawa dia berimpian melihat anak lelakinya belajar.

“Ketika itu, saya mahu menjadi seorang askar, tetapi saya gagal. Saya ingatkan ayah tidak menangis mengetahui berita itu. Namun, ayah menangis dalam diam tanpa menunjukkan kesedihannya kepada saya.

“Apabila keputusan peperiksaan kemasukan universiti diumumkan, ayah sanggup mengambil cuti untuk pergi mengambil keputusan peperiksaan itu. Ayah menahan air matanya. Itulah saat yang dibanggakan buat kami sekeluarga.

“Pada tahun keempat saya, ayah bertanya sama ada saya malu mempunyai ayah yang bekerja sebagai pemandu lori sampah seperti dia. Saya terkedu dan tak tahu nak balas pertanyaan dia.


“Sekarang, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada ayah kerana tanggungjawabnya dan sokongannya terhadap segala-galanya. Terima kasih di atas penat lelah ayah, air mata ayah dan segala saat pahit duka kita bersama.

“Saya mahu ayah gembira dan berbangga dengan kejayaan kami. Ayah tidak perlu lagi berasa malu kerana ayah adalah ayah nombor satu di dunia dan saya bangga memiliki lelaki ini sebagai ayah saya! – Klanarong Srisakul

Sumber: thehypemedia

0 Response to "‘malu tak ada ayah bekerja sebagai pemandu lori sampah?’"

Post a Comment