Rakaman Dua Polis Berlutut Demi Hentikan Rengekan Pesalah Trafik Ini Jadi Sensasi



Video 2 orang polis melutut untuk meminta seorang lelaki dan ibunya agar tidak mengeluh kerana disaman akibat memandu sambil mabuk beredar luas dan menjadi sensasi di jejaring sosial Weibo.Menurut pegawai polis lalu lintas Handan, peristiwa itu terjadi pada hari Jumaat 28 Ogos 2015 lalu kira-kira pukul 7.48 waktu tempatan di Hanwu Bridge di Handan, Wilayah Henan. Dua polis lalu lintas merakam adegan tersebut dengan menggunakan telefon pintar.Pemandu kereta tersebut benama Feng Dong dihentikan polis lalu lintas kerana memandu kereta sambil mabuk. Feng sendiri saat itu bersama ibunya. Sang ibu kemudian berlutut sambil merangkul kaki polis memohon agar tidak menyamannya. Hal itu juga dilakukan oleh Feng sendiri. Bahkan, ibu dan anak itu mengancam akan menabrakn diri ke kereta jika polis tidak memaafkannya.Berusaha menghentikan rengekan pesalah lalu lintas itu, kedua-dua polis lalu lintas juga ikut berlutut untuk menjelaskan kepada ibu dan anaknya tersebut arti penting peraturan lalu lintas, dan larangan memandu kereta sambil mabuk.Menurut kabar lanjutan di Weibo, meski memohon sambil berlutut, Feng tetap disaman dan dikenakan denda sebanyak 1,000 RMB atau setara dengan Rm800.

0 Response to "Rakaman Dua Polis Berlutut Demi Hentikan Rengekan Pesalah Trafik Ini Jadi Sensasi"

Post a Comment