Selama 10 Tahun Wanita Ini Mengambil Gambar Gelandangan,Namun Pada Suatu Hari Wanita Ini Terkejut Apabila Dia Bertemu…..
Selama 10 Tahun Wanita Ini Mengambil Gambar Gelandangan,Namun Pada Suatu Hari Wanita Ini Terkejut Apabila Dia Bertemu…..Pada tahun 2003, seorang Hawaiian jurugambar Diana Kim telah melakukan satu projek di mana beliau mengambil gambar gelandangan di kawasan Hawaii. 10 tahun melakukan pekerjaan itu, beliau mendapat tahu salah seorang gelandangan tersebut adalah ayah kandungnya.
Diana Kim dibesarkan dalam sebuah pulau di Maui, Hawaii. Ayah kandungnya adalah orang pertama yang mengajarnya menggunakan kamera. Tapi, selepas ibu bapanya bercerai, beliau telah terputus hubungan dengan ayahnya tanpa mengetahui bagaimana keadaan dan di mana bapanya berada.
Sudah ditakdirkan, pada suatu hari, beliau dapat tahu yang salah seorang gelandangan di Honolulu adalah ayahnya. Mereka mula berbual dan berjumpa di jalanan.
“Ada malam yang saya tak tahu di mana dia berada. Kadang-kadang saya jumpa di tempat yang tak disangka.” “Dia menghidap penyakit schizophrenia tanpa sebarang rawatan. Dia selalu bergaduh dengan seseorang yang tak wujud.”
Kim cuba sedaya upaya untuk berikan bantuan. Namun setelah ayahnya diserang serangan jantung pada tahun 2014 nasihatnya diikut. Hari ini ayahnya telah banyak berubah. Anda mungkin tidak menyangka melihat gambar-gambar yang Kim kongsikan di blog miliknya.
Segala perjalanan hidup bagaimana Kim berjumpa ayahnya, rawatan hinggalah bagaimana keadaan ayahnya sekarang boleh di baca di blog Kim, homelessparadise.com.
Kredit : Rakyatviral
0 Response to "Selama 10 Tahun Wanita Ini Mengambil Gambar Gelandangan,Namun Pada Suatu Hari Wanita Ini Terkejut Apabila Dia Bertemu….."
Post a Comment