‘Bayaran RM280 upah jaga anak Tak Besar Mana pun’ – Pengasuh
Menjaga anak kecil ini memang penat. Banyak cabaran lebih-lebih lagi anak yang berusia 1 – 4 tahun memang tengah meligat. Kalau kita sendiri pun kadang-kadang hilang sabar, apatah lagi orang luar yang menjaga anak kita?
Seperti saya sendiri, budak-budak ini kalau dihantar ke taska, confirm lunyai anak saya. Saya sendiri pun adakalanya bersuara seperti tarzan. Bibik yang menjaga anak saya pun saya tak bagi dia buat kerja-kerja lain. Saya suruh dia duduk depan televisyen dengan budak-budak sahaja. Masak ke apa ke, bibik tak buat, itu semua kerja saya.
Ditambah dengan upah yang hanya RM250 – RM280 dari jam 7.00 pagi – 7.00 malam. Sepanjang hari jaga!
Maaf cakap ye, mak saya pernah menjaga anak orang Cina. Jira sebelah semasa menetap di Kota Masai, Jalan Nenas.
Mak memang tak minta pun upah-upah sekian sebab sekali dia jaga cucu-cucunya. Pada masa itu, saya berada di tingkatan 1, saya sendiri terkejut apabila cukup bulan saja, Cina itu bayar upah RM500 untuk seorang anak. Beberapa kali mak kira duit yang diberi, bimbang mereka terberi lebih.
Sekali mereka berkata, “Kami orang Cina memang upah orang jaga anak seorang RM500 makcik.
Tak boleh kurang sebab makcik kena jaga dari pagi, makan semua sini kan. Kalau RM280 mana cukup? Lagi penat tahu jaga baby,” katanya.
Sampai sekarang pun saya masih bergaul dengan orang-orang Cina, memang saya tanya berapa upah jaga seorang anak mereka (yang tak gunakan khidmat maid Indonesia).
Menurut mereka, paling minimum, RM400. Lagi besar, lagi mahal upah mereka bayar. Namun, orang kita pula terbalik konsepnya, lagi besar lagi murah bayarannya. Paling mahal pun RM250 – RM280 sahaja.
Saya cuma nak tanya kenapa kes dera budak-budak banyak tersebar adalah kes orang Melayu?
Jawablah sendiri.
Sepatutnya orang yang dah ‘tolong’ jaga anak kita itu, kita tidak boleh buat musuh. Puan-puan fikir baik-baik, RM280 itu tak besar mana jika nak dibandingkan dengan masak lagi, suap makan, mandikan, pantau anak main kot-kot termasuk benda dalam mulut, cuci berak kencing, tukar pampers, terkencing dalam seluar lagi.
Balik kerja, tolong jangan kedekut. Singgahlah beli keropok lekor ke bagi pada pengasuh anak kita. Kita travel jangan lupa belikan ole-ole untuk pengasuh itu. Kalau sendiri terlewat ambil anak, tak payah tunggu dia minta. Sendiri mahu ingatlah bagi advance lebih sikit.
Pengasuh pun ada hati dan perasaan. Jangan cari pasal dengan pengasuh anak kita. Dia mungkin tak dapat balas kemarahannya pada kita tetapi yang menjadi mangsa adalah anak-anak kita.
Perkongsian dari FB Aisyah
0 Response to "‘Bayaran RM280 upah jaga anak Tak Besar Mana pun’ – Pengasuh"
Post a Comment