SAYA CAKAP BENDA BETUL DATUK RAMLI MS NAFI BERAT SEBELAH SERING PUJI BILA AF2015

Berpuluh tahun menceburi bidang muzik membuatkan Datuk Ramli MS sudah cukup berpengalaman dalam bidang tersebut. Menjadi pengkritik tetap bagi program Akademi Fantasia 2015 ( 2015) merupakan satu peluang untuk beliau mengasah bakat baru untuk menjadi seorang penyanyi yang lebih baik pada masa hadapan dengan komen-komen beliau yang agak membina.


Walaubagaimanapun, ada sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan beliau dan menyatakan Ramli MS seorang yang pilih kasih kerana sering memuji persembahan peserta Bila AF2015.

Jelas Ramli MS, beliau hanya bercakap perkara yang betul kerana Bila tidak pernah mengecewakan beliau dengan persembahannya setiap minggu.

Saya cakap benda yang betul. Persembahan Bila tidak pernah mengecewakan dan dia cukup sempurna sejak minggu pertama lagi. Kalau pelajar lain melihat pujian itu sebagai negatif, maka negatiflah ia. Tetapi sekiranya mereka melihat pujian saya itu satu benda yang positif, mereka pasti akan membandingkan diri dengan Bila dan berusaha lebih lagi.


Lagipun mana-mana peserta yang tidak bagus, saya tak hentam, kerana tahu kemampuan mereka setakat itu sahaja. Tetapi saya akan kritik mana-mana peserta yang dilihat boleh diasah bakat mereka lebih lagi.

Sudah bersama pelajar AF 2015 sejak minggu pertama lagi, Ramli MS bagaimanapun tidak mahu memberikan pendapat siapa yang bakal menjuarai pertandingan tersebut pada konsert akhir Ahad ini.

Saya takkan cakap peserta mana yang dijangka juara. Tetapi melihat empat peserta yang akan berentap pada final ini sudah membuatkan saya puas hati dan gembira. Dan kita dapat lihat persaingannya cukup sengit. Para peserta juga harus berusaha lebih kerana jika mereka kurang menyerlah, peserta lain yang akan ke depan.


Empat finalis yang bakal berentap pada konsert akhir AF 2015 ialah Syamel, Sufi, Shahrul dan Bila. Konsert tersebut akan kan berlangsung pada Ahad ini di Auditorium MBSA, Shah Alam pada jam 9 malam.

Rasa-rasanya siapa yang boleh menjadi juara? Apa pendapat anda?

Sumber Berita: mStar Online

Sumber: Beautifulnara

0 Response to "SAYA CAKAP BENDA BETUL DATUK RAMLI MS NAFI BERAT SEBELAH SERING PUJI BILA AF2015"

Post a Comment