“Dia terus mencuba untuk memiliki saya” – Hanez Suraya


Pelakon cantik Hanez Suraya pernah menimbulkan kontroversi yang hangat sehingga mengundang cemuhan dan kecaman dari ramai pihak apabila hubungan cintanya dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang diketahui umum.

Sebelum ini Hanez berkata dia rela mengundurkan diri dari hubungan cintanya dengan lelaki yang dikenali sebagai Romie itu namun Romie sentiasa cuba menawan hatinya dan membuatkan semakin sayang dan tidak dapat menjauhkan diri.

“Saya sendiri kasihankan anak mereka. Malah di saat kes mereka terus berjalan, saya berkecil hati sebenarnya kerana terus-terusan dianggap sebagai punca kepada apa yang terjadi membabitkan mereka. Saya terus dipersalahkan. Benar, saya tak nafikan saya hadir dalam hidupnya pada waktu yang salah,” ujar Hanez Suraya.
“Tapi saya tak mampu melawan kehendak takdir. Saya pernah terdetik untuk putuskan hubungan ini tetapi dia terus mencuba untuk memiliki saya.

“Malah saya cuba membawa diri untuk menjauhkan diri daripadanya tetapi semakin jauh saya cuba lari, semakin kuat pula usahanya untuk memenangi hati saya. Saya masih sayangkannya. Anaknya pun memang rapat dengan saya,“ tambahnya lagi kepada wartawan Berita Harian.

Pelakon yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran pada 22 Ogos ini mengakui sudah lama tidak mendapat tawaran berlakon dari mana mana pihak dan sepanjang tempoh ini beliau mula belajar ilmu dan selok belok perniagaan.

0 Response to "“Dia terus mencuba untuk memiliki saya” – Hanez Suraya"

Post a Comment