Lisa Surihani Pernah Alami Keguguran?


Hampir tiga tahun mendirikan rumahtangga, aktres cantik Lisa Surihani sememangnya tidak dapat lari dari soalan tentang zuriat daripada orang sekeliling.

Namun, ada perkara menarik yang dikongsikan menerusi ruangan Diva Interaktif dalam Kosmo! baru-baru ini yang melaporkan khabarnya Lisa Surihani pernah hamil beberapa bulan yang lalu naum mengalami keguguran dan perkara itu diceritakan oleh sumber terdekat dengan keluarga pelakon cantik itu sendiri.

“Katanya, Lisa yang dah bertahun-tahun kahwin tetapi tak dapat anak bukan sebab ada banyak masalah kesihatan ke apa, tapi tiada rezeki. Jadi apa ceritanya, kawan Diva pun tambah khabarnya Lisa pernah hamil tapi keguguran. Kalau tak silap, beberapa bulan lalu,” memetik laporan.
Biarpun kejadian keguguran itu tidak diingini oleh semua, sekurangnya-kurangnya ia adalah berita gembira kerana mungkin tidak lama lagi Lisa Surihani akan mengandung lagi.

Jika benarlah apa yang disampaikan, kami doakan semoga Lisa dan Yusri cepat dapat menimang cahayamata. InsyaAllah.

Sumber : http://eberita.org/lisa-surihani-pernah-alami-keguguran/

0 Response to "Lisa Surihani Pernah Alami Keguguran?"

Post a Comment